Selasa, 9 November 2010

Khabarkanlah pada kami...wahai banjir....



Halaman rumah telah dipenuhi air sepenuhnya pada jam 5.00 pagi


Air dah naik ke paras buku lali


Kereta yang dah sampai untuk menjemput tok pindah


keadaan SungaiPompong - jalan by pass ke Stesyen Bas Shahab Perdana





Tok sudah selamat diangkat masuk ke dalam kereta untuk di bawa ke Sungai Petani



Ayah mengucapkan terima kasih kepada Karim menantu Cu- nampak berat hati Ayah nak lepaskan tok pergi..sayu sangat masa tu..





Adik saya- Et..yang sempat bermain air..nasib baik Ada Kasut Croc..berguna juga..







Semasa saya menulis blog ini..masih ada 16 000 mangsa banjir masih berada di pusat penempatan banjir di beberapa daerah di negeri Kedah..Syukur pada Allah di tempat saya keadaan sudah kembali pulih , dan mangsa sudah pulang ke rumah untuk operasi mencuci..hari masuk hari ke 8 pasca banjir di Kedah...

Gambar-gambar yang ada dalam post kali ini sempat saya ambil sendiri di saat kalut menghadapi air yg sedang naik..

Selasa, 12 Oktober 2010

story of us ..lagi



Dari Kiri: Ana, Aku , Zam , Syiken , Manisah dan Ain (Yani ambil gambar)



Ana and her beloved son Iqbal...


kami jadi makin rapat bila masuk tahun hujung 2007 dan 2008..semuanya gara-gara tugas di tempat kerja yang amat menuntut kami berkerja sama. Aku dan Manisah selalu digandingkan untuk menjadi event photographer boleh dikatakan setiap eventlah..so masa nilah aku jadi rapat dengan si manis ni..selalunya aku akan shoot then Sah yg akan buat editting untuk dipublishkan kepada Mr Z**.Aku pun enjoylah buat kerja-kerja macam ni, walaupun penat jugak kehulu - kehilir,,kira keje tu dah jadi tetap dan berpencen sampailah aku bertukar..tp aku yakin Sah still duk buat kerja tu lagi..

Yang menariknya Aku,Ana,Syiken,Sah dan Yani masing-masig pegang KU Unit Uniform..jd memang sahlah kami kene get together,tanpa diorang ni, aku pun tak berapa kuat nak jadi Pn penyelaras UB, lagi-lagilah dengan "feel" cg-cg yg lain..Mujur kami masih berjiwa remaja dan segar - bugar lagi (perasan muda tp memang muda pun)..

Bukan itu sahaja..nama kami ni macam pisang goreng panas bila nak buat acara terutamanya Kokurikulum..kekadang rasa macam kene buli pun ada, tp ok jer as long as we enjoy the show!!Kalau tengok Syiken punyer gilos berkerja aku jadi cuak jugak..tak penat ker Minah ni..anak kat umah lagi, the husbend dia duk jauh pulak..hai siang malam pagi petang duk kat sekolah..seriousnya dan jujurnya aku ambik spirit Syiken ni..untuk push aku yg kekadang collapse jugak dek tugasan yg menimpa-nimpa..



Si Ana pulak sibuk manage kelas Sinar lah..buat bisness lagi..dah la ajar exam classes..memang nampak dia boleh manage semua benda yg dia kene handle kat sekolah walaupun aku 'the inside' of her..banyak berkorban untuk org lain..jd lilin he he..

Yani dan Zam gadis sunti yg rajin dan cute..paling jeles bila dengar cerita diorang ni pegi shopping..merata pegi shopping sampai 'oversea'..hik hik..hik..diorang ni tak mudah shopping sembarangan, takat Kuantan tu tak mainlah..sanggup jalan jauh untuk shopping..tp memang berbaloilah..berhabisan dpt yg cantik dan puas hati-berbaloi-baloi----samalah dengan prinsip aku nih..bab Makan memang serah kat dioranglah sebab ada 'taste'..selalu yg direcommandkan kami pun suka..kat kuantan tu manalagi kami nak lepak..lepas penat lelah di skool kami pun akan terjah ke "Sri Affa " ke...Secret recipe ke..Pizza Hut adalah sekali sekala..ataupun Warong Mak sapatu..alah ha a Mak Mustakim..kat Tangki Air yg akan menjadi mangsa kami sementara nak tunggu aktiviti petang..lepas tu, rumah aku atau Sah akan menjadi tempat merebah badan dan solat....

Sekarang..semuanya dah jadi kenangan terindah yang sering terpanggil tatkala melihat wajah-wajah ceria kalian di FB dan membaca update terkini di wall kalian..sebak, rindu ,terharu , lucu semuanya ada...berbaur-baur..Sah sudah ada BMw(sayang sungguh Bang Lid yer,,), Ana dengan bussiness Char Koew Teow nya..Syiken tengah sibuk menghias rumah baru , Zam dengarnya semakin bz dengan Bilik Access dan yang terkini Yani..dengarnya akan melayari hidup baru bersama org tersayang tidak lama lagi...Yani, walaupun aku berada jauh beribu kilometer di sini , akak tetap rasa gembira dengan perkhabaran ini..harap Yani akan berbahagia sehingga ke Akhir Hayat..teman-teman rapat hanya insan yg dapat melihat kita dari luaran sahaja..the inside of us hanya kita yg tahu..terserah pada penilaian masing-masing..cerita yg baik ambilllah buat teladan..pengalaman yg tidak baik..buat lah pengajaran untuk terus menjadi matang dalam hidup..tiada guna berpatah arang berkerat rotan dalam bersahabat kelak akan merugikan diri sendiri..yg pasti , ada org yg akan bertepuk tangan dikala kita bersengketa...Wallahua'lam..Syukur atas nikmat persaudaraan akrab di dalam persahabatan ini..Allhamdulillah...

Khamis, 7 Oktober 2010

Story of us..






Entahlah..sejak akhir-akhir ni aku sering terkenangkan sahabat-sahabat lama yg pernah singgah dalam perjalanan hidup ku di bumi Allah yg fana ini..Kawan-kawan di Sultanah Asma, SMKAK,Nilam Puri, UPM, Shah Alam dan yang terkini...Kuantan.
Mungkin bila kita berjauhan dan hanya bertanya khabar dari jauh tapi tak semestinya persahabatan jugak menjadi jauh...

Yang paling aku ingat buat masa ni..kawan-kawan di Kuantan spesifik skit..member seperjuangan di tempat kerjalahh...
Teringat aku pada geng yang sempat aku gelarkan Gfortyone.Antaranya Manisah,Syiken,Yani,Zam dan Ana.Kalau org perasan memang aku dah declare yang korang my best buddies in town .
Apa yg best pasal korang ni ek???

Yang best tu banyak sangat dan rasanya tak mampu untuk aku tuliskan ..walaubagaimanapun aku cuba untuk ungkapkan di sini dengan bahasa yg paling indah..

Kita pada mulanya hanya kenal dari jauh..bermula dengan senyuman, berbual-bual , berkerjasama dalam pelbagai tugasan dan lama kelamaan bersahabat rapat..ada jugak antara korang yang maca tak suka dengan aku pada mulanya..Contohnya Manisah, yang pernah mengaku yg aku nih sombong,sampai tak nak jemput aku pegi open house rumah dia..hai kelakarlah jugak..patutlah bila aku cuba berbaik dengan dia sekitar 2006 tu dia buat bo layan jer..
Yani dengan Ana pun samalah jugak..tegur aku macam nak-tak nak jer..tp si Ana nilah..suka share dengan pasal handbag..shopping,brooch,traveling..so we do have the same interest..so makin lama makinlah rapat..then gelak Ana yg unik tu..aku pun jadi happylah nak join dengan dia..Dia pun bukan jenis yg nak mengata org and cari kesalahan org tak tentu pasal.
Zam dengan Syiken..hmm diorang ni lambat skit masuk skool nih..hehe Zam si tinggi lampai, gadis sunti yang supporting, suka bergaya never fail (kekadang aku tengok muka dia ,teringat member lama kat smkak tu yg jd rapat kot)susah gak nak rapat ngan dia ni..tp positive gak akhirnya..Shiken..talkative tapi aku malas nak layan masa dia baru masuk skool.semua bende dia nak citerr poyo..bila dia start cerita rasa macam dah kenal lama..
fuuh banyak lagi nak tulis pasal kita...tunggu next episod pasti menyengat...

Selasa, 21 September 2010

BMRDT ..Siri 2


Apakah keputusan yang terpaksa dibuat itu???Persoalan yang agak sukar dijawab di ketika itu...Berat mata mendang , berat lagi bahu memikul..Setelah berbincang dengan Sang Ayah dengan penuh rasional dan rendah diri..Cahaya Mata di hantar untuk dijaga oleh Mak Cik pengasuh yang bukan dari mana - mana ahli keluarga di kawasan seberang..Tak mengapalah Aku susah sedikit..apalah nak dibandingkan dengan apa yang terpaksa mendengar dan melihat..

Walaupun sukar untuk melepaskan anakanda tinggal dengan orang luar ..namun naluri keibuanku sungguh kuat mengatakan..itulah yang terbaik untuk cahaya mata tersayang...
Pada Allah kami berserah..Lindungilah dia walau dengan siapa dia berada...sehingga sewaktu aku berkursus di Sungai Petani , ada terjumpa satu artikel yang bertajuk..Parents Sometimes need to be cruel for the good of their children..
Bila membaca artikel tersebut aku semakin yakin dengan tindakan yang dibuat..walaupun bonda dan ayahanda sering menyatakan rasa belas dan kasihan tatkala aku mengangkat cahaya mata awal pagi...kekadang dia tengar nyenyak tidur..dan terpaksa terkejut bangun..

Di peringkat awal..cahaya mata sering menangis tatkala melihat aku tinggalkan dia..sebak di hati tuhan sahaja yang tahu..Biarlah dia menangis sekarang dari apa-apa yg berlaku akan datang..lambat laun dia akan menangis juga bila nak berpisah untuk ke sekolah nanti...sekurang-kurang dia tahu macam mana nak hadapi saat perpisahan seawal usia Satu Tahun...

Alhamdulillah kini ..dia semakin baik..dan menerima yang dia terpaksa berada di rumah pengasuh bukan di rumahnya sendiri..

Syukur pada Allah atas nikmat kasih sayang yang dicurahkan tanpa cacat cela..Moga Cahaya Mata terus membesar dengan sempurna..dan mama akan berusaha menyediakan yang terbaik bagi menyempurnakan amanah Allah ini...Ameen

Selasa, 29 Jun 2010

Bagai menarik rambut dari dalam tepung............

Rambut harus di tarik..tepung jangan dibiar bertaburan merata.Semua ini ada kaitannya dengan apa yang telah berlaku sejak 6 bulan yang lalu...keputusan yang telah dibuat untuk pulang bertugas di negeri kelahiranku adalah bertunjangkan niat suci murni untuk mengikat kasih dengan 2 orang yang penting dalam hidup. Berbekalkan Izin - NYA dan juga keredhaan sang suami, pulanglah kami berdua dari perantauan membawa harapan melangit tinggi , agar membawa kebahagiaan dunia dan akhirat..

Harapan agar Cahaya mata mendapat kasih kedua nya, di curah sayang dan didikan yang utuh sejak dari kecil bagi menangkis dan mengikis kekurangan sahsiah yang kami dimiliki. Hanya harapan insan yang lemah, mengharap pada yang lebih berada dari kami. Hari -hari kami ber 5 sangat ceria dan gembira, dilimpahi kasih sayang , anakanda cahaya mata juga gembira walaupun ketika itu ..kami agak sibuk dengan kehadiran orang baru dalam keluarga..Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang nikmati sekarang- Nikmat kasih sayang seisi keluarga, walaupun Sang Ayah harus bekorban berulang alik setiap minggu..demi menunaikan harapan ku..terima kasih dalam diam..kami sangat menghargai.

Selepas 3 bulan kami menjalani hidup berita mengejutkan telah mengheret jantung pergi...aku terpaksa berkorban , tiada lagi yang menjaga cahaya mata..hanya mengharap pada ibu yang bukannya tidak mampu, cuma kami tak sampai hati nak menyusahkan kudratnya..Mungkin ada hikmahnya..Allah sudah aturkan..Aku sentiasa berdoa agar ada yang terbaik untuk cahaya mataku...tapi jauh di sudut hati kecilku..mungkinkah rancanganku untuk terus mendapat curahan kasih sayang sepenuhnya agar pudar sedikit -demi sedikit..mmungkin juga aku terlalu naif..anggap semua orang sekelilingku..tiada niat negatif terhadap kami , yang baru sahaja mengecap bahagia bersama kehadiran cahaya mata...

Cahaya mata terus dijaga oleh nenda dengan penuh kasih sayang, dibelai, dimanja, disebut sentiasa dan menjadi inti pati bual bicara..hati mula terasa ada yang akan cemburu..dengan apa yang sedang berlaku..Ya Allah silapkan perancanganku...Bantulah aku Ya Allah..agar dapat ku membuat pilihan dan tindakan yang terbaik..Ameen..

Bersambung......

Ahad, 21 Mac 2010

Inginku ceritakan tentang kamu......


Kamu...adalah cahaya, penyejuk setiap mata kami berdua,

kamu juga pengerat tali silaturrahim dua tunjang utama, penguat janji , pengikat kasih,


Tatkala..ada gelora dan badai melanda sukma

pasti kamu yang menenang minda, merungkai kusut


Kamu adalah amanah, terlalu dinanti , terlalu istimewa anugerah Nya

Kehadiran kamu melengkapi segala, memenuhi ruang jiwa yang kosong

Menyubur taman ayah bonda...