Rambut harus di tarik..tepung jangan dibiar bertaburan merata.Semua ini ada kaitannya dengan apa yang telah berlaku sejak 6 bulan yang lalu...keputusan yang telah dibuat untuk pulang bertugas di negeri kelahiranku adalah bertunjangkan niat suci murni untuk mengikat kasih dengan 2 orang yang penting dalam hidup. Berbekalkan Izin - NYA dan juga keredhaan sang suami, pulanglah kami berdua dari perantauan membawa harapan melangit tinggi , agar membawa kebahagiaan dunia dan akhirat..
Harapan agar Cahaya mata mendapat kasih kedua nya, di curah sayang dan didikan yang utuh sejak dari kecil bagi menangkis dan mengikis kekurangan sahsiah yang kami dimiliki. Hanya harapan insan yang lemah, mengharap pada yang lebih berada dari kami. Hari -hari kami ber 5 sangat ceria dan gembira, dilimpahi kasih sayang , anakanda cahaya mata juga gembira walaupun ketika itu ..kami agak sibuk dengan kehadiran orang baru dalam keluarga..Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang nikmati sekarang- Nikmat kasih sayang seisi keluarga, walaupun Sang Ayah harus bekorban berulang alik setiap minggu..demi menunaikan harapan ku..terima kasih dalam diam..kami sangat menghargai.
Selepas 3 bulan kami menjalani hidup berita mengejutkan telah mengheret jantung pergi...aku terpaksa berkorban , tiada lagi yang menjaga cahaya mata..hanya mengharap pada ibu yang bukannya tidak mampu, cuma kami tak sampai hati nak menyusahkan kudratnya..Mungkin ada hikmahnya..Allah sudah aturkan..Aku sentiasa berdoa agar ada yang terbaik untuk cahaya mataku...tapi jauh di sudut hati kecilku..mungkinkah rancanganku untuk terus mendapat curahan kasih sayang sepenuhnya agar pudar sedikit -demi sedikit..mmungkin juga aku terlalu naif..anggap semua orang sekelilingku..tiada niat negatif terhadap kami , yang baru sahaja mengecap bahagia bersama kehadiran cahaya mata...
Cahaya mata terus dijaga oleh nenda dengan penuh kasih sayang, dibelai, dimanja, disebut sentiasa dan menjadi inti pati bual bicara..hati mula terasa ada yang akan cemburu..dengan apa yang sedang berlaku..Ya Allah silapkan perancanganku...Bantulah aku Ya Allah..agar dapat ku membuat pilihan dan tindakan yang terbaik..Ameen..
Bersambung......