Selasa, 21 September 2010

BMRDT ..Siri 2


Apakah keputusan yang terpaksa dibuat itu???Persoalan yang agak sukar dijawab di ketika itu...Berat mata mendang , berat lagi bahu memikul..Setelah berbincang dengan Sang Ayah dengan penuh rasional dan rendah diri..Cahaya Mata di hantar untuk dijaga oleh Mak Cik pengasuh yang bukan dari mana - mana ahli keluarga di kawasan seberang..Tak mengapalah Aku susah sedikit..apalah nak dibandingkan dengan apa yang terpaksa mendengar dan melihat..

Walaupun sukar untuk melepaskan anakanda tinggal dengan orang luar ..namun naluri keibuanku sungguh kuat mengatakan..itulah yang terbaik untuk cahaya mata tersayang...
Pada Allah kami berserah..Lindungilah dia walau dengan siapa dia berada...sehingga sewaktu aku berkursus di Sungai Petani , ada terjumpa satu artikel yang bertajuk..Parents Sometimes need to be cruel for the good of their children..
Bila membaca artikel tersebut aku semakin yakin dengan tindakan yang dibuat..walaupun bonda dan ayahanda sering menyatakan rasa belas dan kasihan tatkala aku mengangkat cahaya mata awal pagi...kekadang dia tengar nyenyak tidur..dan terpaksa terkejut bangun..

Di peringkat awal..cahaya mata sering menangis tatkala melihat aku tinggalkan dia..sebak di hati tuhan sahaja yang tahu..Biarlah dia menangis sekarang dari apa-apa yg berlaku akan datang..lambat laun dia akan menangis juga bila nak berpisah untuk ke sekolah nanti...sekurang-kurang dia tahu macam mana nak hadapi saat perpisahan seawal usia Satu Tahun...

Alhamdulillah kini ..dia semakin baik..dan menerima yang dia terpaksa berada di rumah pengasuh bukan di rumahnya sendiri..

Syukur pada Allah atas nikmat kasih sayang yang dicurahkan tanpa cacat cela..Moga Cahaya Mata terus membesar dengan sempurna..dan mama akan berusaha menyediakan yang terbaik bagi menyempurnakan amanah Allah ini...Ameen