
Dari Kiri: Ana, Aku , Zam , Syiken , Manisah dan Ain (Yani ambil gambar)

Ana and her beloved son Iqbal...
kami jadi makin rapat bila masuk tahun hujung 2007 dan 2008..semuanya gara-gara tugas di tempat kerja yang amat menuntut kami berkerja sama. Aku dan Manisah selalu digandingkan untuk menjadi event photographer boleh dikatakan setiap eventlah..so masa nilah aku jadi rapat dengan si manis ni..selalunya aku akan shoot then Sah yg akan buat editting untuk dipublishkan kepada Mr Z**.Aku pun enjoylah buat kerja-kerja macam ni, walaupun penat jugak kehulu - kehilir,,kira keje tu dah jadi tetap dan berpencen sampailah aku bertukar..tp aku yakin Sah still duk buat kerja tu lagi..
Yang menariknya Aku,Ana,Syiken,Sah dan Yani masing-masig pegang KU Unit Uniform..jd memang sahlah kami kene get together,tanpa diorang ni, aku pun tak berapa kuat nak jadi Pn penyelaras UB, lagi-lagilah dengan "feel" cg-cg yg lain..Mujur kami masih berjiwa remaja dan segar - bugar lagi (perasan muda tp memang muda pun)..
Bukan itu sahaja..nama kami ni macam pisang goreng panas bila nak buat acara terutamanya Kokurikulum..kekadang rasa macam kene buli pun ada, tp ok jer as long as we enjoy the show!!Kalau tengok Syiken punyer gilos berkerja aku jadi cuak jugak..tak penat ker Minah ni..anak kat umah lagi, the husbend dia duk jauh pulak..hai siang malam pagi petang duk kat sekolah..seriousnya dan jujurnya aku ambik spirit Syiken ni..untuk push aku yg kekadang collapse jugak dek tugasan yg menimpa-nimpa..
Si Ana pulak sibuk manage kelas Sinar lah..buat bisness lagi..dah la ajar exam classes..memang nampak dia boleh manage semua benda yg dia kene handle kat sekolah walaupun aku 'the inside' of her..banyak berkorban untuk org lain..jd lilin he he..
Yani dan Zam gadis sunti yg rajin dan cute..paling jeles bila dengar cerita diorang ni pegi shopping..merata pegi shopping sampai 'oversea'..hik hik..hik..diorang ni tak mudah shopping sembarangan, takat Kuantan tu tak mainlah..sanggup jalan jauh untuk shopping..tp memang berbaloilah..berhabisan dpt yg cantik dan puas hati-berbaloi-baloi----samalah dengan prinsip aku nih..bab Makan memang serah kat dioranglah sebab ada 'taste'..selalu yg direcommandkan kami pun suka..kat kuantan tu manalagi kami nak lepak..lepas penat lelah di skool kami pun akan terjah ke "Sri Affa " ke...Secret recipe ke..Pizza Hut adalah sekali sekala..ataupun Warong Mak sapatu..alah ha a Mak Mustakim..kat Tangki Air yg akan menjadi mangsa kami sementara nak tunggu aktiviti petang..lepas tu, rumah aku atau Sah akan menjadi tempat merebah badan dan solat....
Sekarang..semuanya dah jadi kenangan terindah yang sering terpanggil tatkala melihat wajah-wajah ceria kalian di FB dan membaca update terkini di wall kalian..sebak, rindu ,terharu , lucu semuanya ada...berbaur-baur..Sah sudah ada BMw(sayang sungguh Bang Lid yer,,), Ana dengan bussiness Char Koew Teow nya..Syiken tengah sibuk menghias rumah baru , Zam dengarnya semakin bz dengan Bilik Access dan yang terkini Yani..dengarnya akan melayari hidup baru bersama org tersayang tidak lama lagi...Yani, walaupun aku berada jauh beribu kilometer di sini , akak tetap rasa gembira dengan perkhabaran ini..harap Yani akan berbahagia sehingga ke Akhir Hayat..teman-teman rapat hanya insan yg dapat melihat kita dari luaran sahaja..the inside of us hanya kita yg tahu..terserah pada penilaian masing-masing..cerita yg baik ambilllah buat teladan..pengalaman yg tidak baik..buat lah pengajaran untuk terus menjadi matang dalam hidup..tiada guna berpatah arang berkerat rotan dalam bersahabat kelak akan merugikan diri sendiri..yg pasti , ada org yg akan bertepuk tangan dikala kita bersengketa...Wallahua'lam..Syukur atas nikmat persaudaraan akrab di dalam persahabatan ini..Allhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan