Ahad, 11 September 2011




Hijab Kekasih.

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi ‘kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku


Memakan debu… rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti


Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja


Kekasih… lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu

Lagu ini memang sangat puitis dan penuh unsur personafikasi yang sungguh mennyentuh kalbu...rupanya lagu ni dah lama dicipta , nyanyian M Nasir ..tapi saya terlewat mendengarnya..itupun sebab saya menonton slot telemovie "HIJAB KEKASIH"...

menitis air mata saya bila lagu ini berkumandang tambah sebab lagi bila menonton cerita ni..dah la lewat malam saya layan cerita arahan Rosyam Nor ni..

memang benarkan..dalam mengejar kebahagiaan itu..persoalan hati itu amat penting..dijaga batinnya..kerana ia sangat rapuh..jika rosak hati..minda akan terseksa sepanjang hayat..hidup sudah tidak bermakna lagi...

Bagi saya apa sahaja yang kita lakukan untuk mengejar kekayaan dunia yang kononnya demi kebahagiaan orang-orang tersayang..hanya akan menjadi racun jika tidak kena cara kita mencarinya....Kupasan cerita ini sangat bagus dan memang sangat dekat dengan realiti kehidupan ....sayang tetap sayang..tetapi sayang dengan kekerasan memang hilang kemanisan cinta....Carilah Harta dengan penuh keredhaannya..

Rabu, 24 Ogos 2011

RAHMAT ALLAH DI BULAN RAMADHAN - SYUKUR ....





Syukur pada Mu Ya Allah..engkau makbulkan permintahan ku, hamba yang lemah lagi kerdil ini...ramadhan ini terasa luarbiasa, amat dekat hati ini kepada Mu ya Allah..syukur atas ujian kecil yang kau berikan memberikan natijah yang amat berguna untuk diriku yang teramat leka ini..Di awal ramadhan aku mendapat berita sedih dan amat perit untukku terima, namun madrasah Ramadhan benar-benar mendidikku untuk terus berjuang mencari kejayaan, menggerudi peluang dan membuka pintu-pintu kebahagiaan...

Dengan gigih aku terus mencuba dan natijahnya...BERJAYA!!! Pada MU sahaja tempat ku bermohong Ya Allah, bukan pada Makhluk dan bukan jua wang ringgit...

Moga dengan penerimaan ini akan mendekatkan lagi aku PadaMU, berkahi lah perjuangan ku ini untuk terus memperbaiki kehidupan di dunia menuju ke Akhirat...


Syukur - syukur Ya Allah..Pulau Mutiara menggamit kejayaanku..

Sabtu, 20 Ogos 2011

K I S A H H A T I


Hati kita, siapa yang tahu?? Tuhan saja yang tahu kan!!! tipulah kalau ada orang boleh baca hati orang lain dengan satu persatu...HANYA TUHAN SAJA TAHU..

Apa dalam hati kekadang dapat diluahkan melalui kata-kata
Apa dalam hati kekadang dapat diluahkan melalui tinta pena
Apa dalam hati kadangkala dizahirkan melalui tingkah laku
Apa dalam hati juga kerapkali di zahirkan melalui riak wajah..

tetapi, ada juga yg kita rasa dalam hati terlalu sukar untuk di sampaikan dengan apa cara sekalipun, sukar! takut ! bahaya ! lebik baik simpan sahaja sampai mati...atau bertemu masa yang lebih sesuai untuk di sampaikan...

Bagi saya, bab-bab hati dan perasaan ini walaupun dikatakan remeh namun ia boleh memberi impak pada seluruh perlakuan hidup saya..saya perlu menjaga HATI agar tidak memberi impak yang negatif dalam kehidupan..Allah tahu apa yang ada dalam hati ..

Jesteru..ada satu lagu ni, rasa tersentuh juga bila dengar intronya..pandai lah org yg buat lirik dan lagu ni...KISAH HATI lagu tema STANZA CINTA..bukan lah ikut sangat pun drama ni..cuma tertarik pada lagunya yang juga menceritakan tentang hati....



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Selasa, 9 Ogos 2011

Aku yakin ini tanda kasihMU ya Allah...




Dugaan kadangkala teramat berat untukku tanggung sendiri, hanya pada mu Allah aku bergantung harap..tidak pada makhluk, tidak juga pada wang ringgit...hanya pada rahmatMU ya Tuhanku..

Di saat ini, terasa hati terlalu dekat kepadamu..rasa kerdilnya diri yang lemah longlai ini..Ini baru tidak diterima di dunia..apatah lagi tat kala mengadapmu nanti..

Bantulah aku dalam mengahadapi saat getir ini..tunjukkan jalan, permudahkanlah dan aku senanantiasa menantikan Basyira wa nazira dari Mu Maha Pemurah dan Maha Penyayang....

Tatkala menghayati lagu ni, sememangnya pasti, Hanya padaMu tempat aku memohon;

Cahaya Hati...

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Isnin, 24 Januari 2011

Terima kasih Anakanda Ammar Fareez










Ammar yang suka dengan stereng...sebab tu lah dalam kereta dia akan cari stereng...Hari ni dah masuk minggu ke 3 bulan Januari..beberapa perubahan positif telah dapat saya rasakan dalam diri Ammar Fareez..Alhamdulillah syukur pada rahmatnya..setiap hari semasa saya sedang bekerja di pejabat,ingatan saya tak pernah lekang pada anak kecil ini, sentiasa terbayang keletah-keletah nakal tapi manjanya.Saban hari ada saja benda baru yg dia buat.

Berbalik kepada perubahan tadi...yang paling ketara saya dapat rasa ialah, Ammar tidak buat susah lagi duduk dalam kereta semasa saya memandu menghantar dan menjemputnya pulang dari rumah pengasuh. Dia sudah boleh kawal dirinya untuk duduk diam sama ada di seat hadapan atau duduk di tengah-tengah seat belakang.Kalau dulu, maksudnya tahun lepas, dia tidak akan duduk diam, ada saja yg nak di explorekan, cucuk CD masuk dalam player, main coins dan cucuk dalam CD player, panjat-panjat saya masa tengah drive, duduk atas riba saya sambil pusing-pusing stereng semasa kereta tengah bergerak dan yg paling tak tahan, dia boleh buka central lock!! mujur kereta tengah berhenti di traffic light!! tp syukur..dalam kekalutan mampu juga saya kawal dia walaupun keseorangan..masa tu pada Allah saja saya berserah...

Sejak minggu lepas, perubahan tu saya rasa..pernah satu hari saya tengah dengar ceramah Prof Dr Zaleha Kamaruddin tentang Keluarga Sakinah..semasa saya ambil dia..ceramah tu belum habis lagi..so bila dia masuk ja dalam kereta, terus ambil CD Mawi (konon dia minat lah..tu walaupun dia tak kenai pun sapa Mawi tu!!)dan nak masuk dalam player..tp dengan nada yg lembut saya kata
" Fareez, boleh tak mama nak dengar cermah Dr Zaleha ni dulu sampai habis sayang"...
then dia pun jawab " mama ..nak nak ni?? ni ?? "sambil tunjuk kat radio..
saya :Ya lah..boleh kan Fareez tunggu sampai habis??
Farez: angguk..sambil memegang saja CD di tangannya seolah-olah menunggu ceramah habis..
saya : sayang Fareez
Fareez: Senyum seronok kena puji

Tunggu -punya tunggu akhirnya..kami dua beranak sampai rumah di mana saya dapat mendengar ceramah sampai habis dan Fareez pulak masih menunggu dengan CD Mawi di tangannya..Alahai kesiannya Fareez..lain kali ya sayang kita dengar Mawi...

Sejak dari itu..semakin mudah saja nak handle dia semasa bawak kereta..saya pun tak dengar CD lagu lagi, channel pun dah tukar dari Hot FM ke IKIM .Fm :-D..
Alhamdulillah , Allah itu maha pengasih lagi penyanyang..terima kasih Fareez atas kerjasama !!mama luv u forever..

Catatan simpanan - 20 Januari 2011